Tuesday, January 15, 2013

Takdir

Takdir menentukan bahawa kita yang hidup ini selagi hidup pasti telah ditentukan rezeki masing-masing. Cuma terlalu banyak yang memperolehnya tanpa maruah lalu terus menjadi sombong kononnya atas usaha sendiri. Padahal tanpa izin Allah manakan mungkin.

Monday, January 14, 2013

Lalai

Akhir-akhir ini aku rasanya makin lalai.mungkin juga dengan adanya smartphone ini. Dalam segannya aku pada usia begini,dengan kononnya lulusan universiti, pendapatan masih belum mencukupi syukur jugalah dapat rebat. Dengan harapan aku takkan terus begini, dengan niat wang rakyat akan kuganti, insyaAllah, aku mungkin boleh cari rezeki kembali dengan cara ini,ya maksudku, menulis...

Friday, January 11, 2013

Sesak nafas

kau tahu, aku lemas, sesak nafas dengan bayang-bayang saudara, yang memberi sambil menghina, yang berjasa sambil membesar-besar, seolah-olah semua yang kau ada dan kau laksana tanpa apa-apa makna.