Thursday, February 7, 2013

Petani sejati

Aku mungkin sang pemimpi yang kononnya , kononnya cuba menghampiri lingkungan polymath atau jack of all trade tanpa aku sedari. Macam perancang perang dalam filem the Red Cliff, watak Takeshi Kaneshiro yang kalau kau hayatinya sama seperti aku, kau tahu betapa bahagianya menjadi orang seperti itu. Rasulullah saw juga bagiku polymath, antara yang teragung, dengan izinNya. Baginda s.a.w tahu tentang pertanian, mengerti tentang alam, pakar psikologi, dan seribu satu lagi... sempurna. Tapi aku sangat kurangnya, lalu belum berjaya. Mungkinkah berjaya? blah.

Some dreams were just irrelevant anymore. Aku jatuh cinta sama geologi, cinta itu sekurang-kurangnya membuat aku hormat sama bidang itu, tidak sebarangan menyentuhnya, lalu aku belum lagi menjadi geologis. Malah selaluku berseloroh, hanya berani berkata aku cuma geologis di hati (geologist at heart) dan geologis sekali-sekala (casual geologist) yang hanya paling suka aspek lapangan luaran dan bukannya makmal dan laporan bertulis. Ya, sekurang-kurangnya itu benar tentang cinta, bukan? Bukan cinta namanya kalau kurang hormat.

Aku ini orang yang pernah hidupnya terbenam dalam lekukan rasa meniti hidup, terhurung dalam murung, berendam dalam awan sambil berenang-renang di lautan manik langit (kalaulah kau bisa tembus makrifat ayat gila ini). Melalui kehidupan sebegitu sudah cukup mengajar aku betapa kewarasan adalah sesuatu yang paling berharga dan berbaloi untuk kau pertahankan dengan penuh raga. Kenapa aku mahu memilih jadi petani adalah kerana pertanian dan bergelumang dengan benda hidup yang tumbuh berkembang membesar mati membaja berbanding berbicara sama pendingin hawa berseorangan di pejabat milik saudara-mara sejujurnya kerana bertani paling membuatkanku sedar aku hidup, aku ada hidup dan aku waras. Yup, farming helps keeping my sanity alive, God willing. InsyaAllah.

Mungkin saja mimpi ini juga bakal menjadi tidak relevan. Minta simpang. Peduli apa dengan mereka kata jadi petani tidak punya harapan, telan saja kepahitan ayat-ayat mereka kata aku tiada kemampuan, lalukan saja permintaan mereka yang seakan-akan mahu aku menangguhkan lagi  impian, gila, hidup aku sudah sekian lama bertangguh demi menjalani impian orang-orang, kau tahu? aku kira itu pembalasan jasa baik yang harus aku berikan, tapi bukankah cuma harus sekadarnya, tidak sehingga ikhlas aku habis dibilas? agaknya aku marah. sekarang aku marah benar. marah membayangi keluk luahan rasa fizikal dan patah kata. Astaghfirullahuladzim.

Dari dahulu, aku pernah dengar, seperti~

sudah ada kedai di kampung kita, janganlah buka lagi, tapi sentiasa ada saja kedai baru yang boleh buka, oleh orang yang tak tersangka, boleh saja orang itu berjaya, malah lebih kaya. macam MLM juga.. ada aja pengedar baru, sentiasa ada kaki "seminar" dan sekali sekala kau beli juga produknya.

kononnya kita perlu sangat banyak enjinniar, tapi boleh saja kau kira di mana-mana ada saja enjinniar yang meliar, tanpa kerja. aku cuma mahu kata setiap kerja ada nilainya.

sekarang ada yang mula kata, sudah terlalu banyak peniaga sayur kita, kau masih mahu buka meja? lalu patahlah bulu-bulu sayap semangat yang baru mahu tumbuh di muka. memaksa hati sedar bahawa hakikatnya ini jalan hampir tiada berteman-yang-aku-suka. tapi aku masih rela. aku masih rela. aku masih rela. aku mahu sumbang makanan yang baik untuk orang kita. tanaman yang sering dibaja doa.

dulu hampir juga aku fikir ini boleh bawa aku lari dari apa yang aku belajar. Mana ada? mana ada? pH, bahan kimia, pengiraan matematik tepat, warna tanah carta Munsell, kelembapan, suhu, GPS, pengenalpastian, analisis, dan kegagalan dalam tindakbalas, semuanya kembali berputar. malah laporan bertulis juga. Peluang mengamalkan ilmu yang berguna. Peluang untuk jujur. Peluang untuk tidak berkira sama seperti tidak berkira dengan betulnya transaksi-transaksi wang dalam negara. Pro dan kontra.

Aku mahu jadi petani yang bangga. I am a proud farmer, tahap aku sekarang, waima hanya penanam harapan di batas mimpi. InsyaAllah, ada jalannya.