Friday, May 20, 2011

Janji

Ia adalah hari-hari tanpa disangka-sangka. Hari menemui kepastian dalam diri bahawa bayangan kelemahan yang kita wujudkan selama ini tidak lagi wujud, kita benar-benar sudah rela melepaskan kenangan buruk berlalu pergi. Tapi kita diminta berjanji. Sukar benar berjanji di depan umum, dirakam dan disimpan pula dalam bentuk salinan keras. Jadinya pilihan paling selamat dibuat, iaitu janji yang dibuat tidak bergantung pada perkara di luar kawalan, contohnya kelewatan ke kelas mahupun kekerapan datang menghadirkan diri. Masih, janji tetap janji, dan janji itu berlandaskan keinginan memenuhi komitmen berjangka, kali ini seumur hidup. Janji saya ialah:

Akan lebih berani membuat keputusan dalam hidup, dan tidak membiarkan perkara negatif dalam hidup seperti cemuhan dan komen negatif mempengaruhi keceriaan dan nilai hidup serta kesyukuran saya terhadap perjalanan yang ditentukan Tuhan,serta lebih bertanggungjawab atas kesan setiap tindakan yang saya lakukan, insyaAllah.

Ya, saya jadi penyanggup sekarang ini.

No comments:

Post a Comment