Majlis kahwin macam majlis konvo. Kita dah lama rancang.
Kahwin macam konvo. Tak kiralah berapa ramai orang yang konvo hari itu, yang penting, seseorang itu konvo. Tak kiralah berapa banyak pointer pun. Kahwin pun sama, tak kiralah tarikh kahwin sama dengan tarikh anak raja mana kahwin pun, yang penting, seseorang berkahwin pada hari itu. Itu Hari Bahagia Seseorang....Perasaan istimewa...
dan bila itu...
dia mahu ditemani oleh orang-orang yang bererti baginya. dia mahu sahabat sejatinya. dia mahu keluarganya. dia mahu orang yang kononnya kata dia orang penting juga bagi mereka. Pembuktian.
Tapi betullah, kahwin macam konvo, maksud saya, majlisnya. Yang tak disangka boleh datang. Yang diharap, muka menghilang. Yang berjanji, tinggal bunyi. Dan kau tidak kisah siapapun yang datang, kurangkah, atau lebihkah, yang penting, orang yang kau nak, ADA.
Dan majlis kahwin macam juga majlis konvo, masa kamera bunyi klik-klik, gagahkan juga untuk senyum walau penat, marah, masam dalam hati bukan kepalang. Selepas majlis, sama saja kahwin dengan konvo, penat, kemas baju, pulangkan itu ini, post mortem dan ingat balik, siapa kita, siapa yang datang, dan ingat sampai bila-bila.
Aku pernah kecil hati sebab sahabat baik tak kongsi berita gembira macam konvo atau kahwin. Sebab perkara penting sebegitu, selalunya mencerminkan siapa orang dalam hidup kita, dan siapa kita di hati orang-orang... dan aku tahu dia kecil hati, sebab aku tak datang. Ya, aku datang, tapi pengakhirannya tak sempurna. Terkilan dari awal. dan sampai bila-bilapun aku takkan dapat lupa permintaan itu. Entah keberapa kali dalam hidup aku, aku mendengar ayat-ayat yang menyayat hati aku, berkali-kali, terbawa ke mimpi-mimpi, dengan suara masih mendayu-dayu dari atas pelamin, " Aku nak kau 'stay'..." tapi aku tidak!!!!!!!!!! sayu. dan aku kesal, menyesal.. tak sudah.
Sekali Tuhan mencampakkan rasa kasih-sayang dalam hati, siapa yang tahu. Itu yang aku syukuri. Sebab bila-bila masa, rasa itu boleh musnah. Semua kata, bukan aku yang kahwin. Semua dah selamat. Siapa aku sangat? Tapi aku tahu, dia sangat penting dalam hidup aku, aku kasih dia tak kurang malah mungkin lebih dari aku kasih diri sendiri. Tanpa dia, sekurang-kurangnya ada dia... aku jadi begini, yang lebih baik dari hari kami ketemu. Dunia akhirat, dia sahabat sejati aku, insyaAllah.
Semua tahu, orang berfalsafah banyak cakap. Semua juga tahu, kadang-kadang falsafah hanya falsafah, boleh cakap tapi tidak mampu buat. Ingin sahaja yang memanjang. Hmppph...
Sahabat, maafkan aku. Aku tak mampu. Itu pemungkiran janji awal, seperti yang aku pernah tulis dulu, untuk lebih berani membuat keputusan hidup sendiri dan bertindak. Tapi aku belum ada kekuatan itu, masih biar orang memandu kehidupan aku. Tetap itu salah aku. La hawlawala quwwataillabillahilaliuladzim... semoga Allah mengganti kehilangan kita dengan perkara yang lebih baik... Hanya Tuhan yang tahu betapa aku sayang kamu...
p/s: Tuhan ajar aku untuk berhenti bermain-main. Ya, berhenti main-main. Sampai jumpa lagi.Selamat tinggal.
No comments:
Post a Comment