Assalamualaikum. Kami sihat Alhamdulillah. Allah masih izinkan kami hidup. Kami sudah injak masuk usia 31 tahun. Arwah abang kami dulu meninggalnya umur 31 tahun. Tapi seolah-olahnya kami hidup berapa lamapun takkan dapat tandingi arwah.
Ini sebenarnya surat untuk kami sendiri. Kami tahu kami ada detik lupa diri. Sebab itu, kalau kami jadi suka dan cinta, kami lakukan habis-habisan. Kalau kami benci pula..kami tahan saja.. Sebab mungkin masa kami lupa diri nanti... Orang tu yang akan jaga kami. Atau sekurang-kurangnya kami ada kemudahan dalam memohon kemaafan.
Akan ada hari, kami lupa betapa kami suka... Kami lupa mahu ucap terima kasih. Semua jadi kosong. Kami pergi entah ke mana. Untuk yang sabar dengan kami, jangan risau..kami akan tiada. Tinggal dunia kami saja. Entah sampai bila. Dan masa itu, kami langsung tak mahu siapa-siapa. Kami hanya mahu Dia.
Jadi, kami akan hidup pada masa semasa, sepenuhnya. Lagi cakap besar
No comments:
Post a Comment