Tuesday, February 22, 2011

IMAN

Dunia ini, tidak sehingga kau percaya.
Biar seribu kata mengatakan kau mulia,
Kau masih akan terasa hina.

Melainkan kau sudah mahu percaya,
Barulah pintu kejayaan akan kau buka,
Walau wujudnya sudah sekian lama.

Percayalah,
Semuanya bermula dari dalam jiwa,
Jiwa yang empunya badan,
Yang diciptakan seelok-eloknya oleh-Nya
Yang Maha Berkuasa.

Adakah kau sudah mampu percaya?
Biar apapun kata orang,
Hidup ini dengan izin dari-Nya,
Adalah sesuatu yang kau sendiri tentukan.
Percayalah.


p/s:
.aku lelah.

No comments:

Post a Comment