Tuesday, February 22, 2011

Konsert

Konsert sambutan tahun baru. Tahun-tahun lalu.
oleh Moneirah Abu Bakar pada pada 31hb Disember 2009 pukul 6.15 ptg
2008.


aku ingat lagi. Ainur ajak pergi KLCC, sambut tahun baru katanya. aku sangat suka tengok bunga api. dan mungkin untuk kali pertama aku boleh tengok konsert tahun baru yang saban tahun hanya aku mampu saksikan di tv. aku ikut, dengan selipar jeponku, jeans dan tset santai-santai sudah.

Rupa-rupanya, KLCC yang Ainur maksudkan ialah Masjid KLCC. Insap aku. hilang sudah Amy Search, yang ada, Ustaz Akhil Hayy dan yang seangkatan dengannya. Ada ceramah dan selawat, baik juga. Tapi bila bab bunga api mula memercik ke udara, aku tidak peduli, yang penting, aku mesti tengok. Indah.

Balik Bangi, drebar aku sesat. 3-4 jam bo sampai. huhu. Sambutan Tahun Baru di KLCC. Kenapalah aku tak terfikir Ainur yang tudung labuh-labuh tu mana mungkin sesak-sesak tengok 'konsert' di KLCC? he he.

No comments:

Post a Comment