Matang: ini mungkin fiksyen.
pada 30hb November 2009 pukul 7.46 ptg
'Maturity
is a state of mind', itu kata orang putih. Kematangan adalah tahap
pemikiran. Seringkali juga kematangan seseorang itu dinilai berdasarkan
penampilan luaran padahal tindak-tanduk masih di peringkat anak-anak.
Anak-anak, sifatnya memberontak, pemikirannya sempit, dunianya hanya
berkitar pada sekelilingnya saja, tanpa mahu memberikan pengertian pada
kondisi orang lain, mementingkan diri, selalu leka dengan yang
sementara, dunia keseronokan. Itu pada sisi yang gelap, dan pada sisi
yang cerah, dunia kanak-kanak lebih tulus dan mulus, suci.Selamat tinggal dunia kanak-kanak yang hanya mahu bermain-main dan mementingkan diri bagiku. Walaupun aku tahu, setiap orang ada bahagian keanak-anakan masing-masing, yang akan kita bawa sampai mati. Di dalam diri kita, ada banyak suara, dan seringkali aku leka melayan suara anak-anak pada diriku. Kerana suara itu, jika tidak dilayan, bakal memakan bahagian yang lain. Terlalu menuntut perhatian. Tapi aku harus jaga agar tidak biarkan suara itu menguasai diri dan hidup harus dipimpin oleh sesuatu yang lebih baik, lebih sempurna, sepertimana seorang anak patut dipimpin oleh orang tuanya, dan suara kedewasaanku harus bisa menuntun rasa keanak-anakan dalam hidupku. Matlamat hidup seharusnya disandarkan pada sesuatu yang lebih besar, jika aku benar-benar mahu bertahan dalam perjuangan. Perjuangan merebut kasih sayang Allah, bukan mudah.
Suku abad pertama usiaku, sudah berlalu. Turun, naik, jatuh, angkat balik, berlari, melambung dan terlambung, menumpang dan merempat, tercicir dan dipapah, aku sudah lalu, dan aku pasti lalu semua itu lagi. Paling aku suka, Allah tidak pernah biar aku sendiri. Setiap kesusahan ada kesenangan. Selalunya, aku akan jadi orang yang pertama mentertawakan diri sendiri. Merenung kata seorang sahabat, BlackPitt, "Jatuh kali keenam, bangkitlah untuk kali ketujuh, dan seterusnya.." aku takkan putus asa. Pantang pabila ada orang bergaduh denganku menggunakan peribahasa, "Aku lebih dulu makan garam daripada kau," sesekali aku akan membalas balik, "garam yang kurasa lebih masin dari yang kau rasa, lebih banyak kuantitinya dan lebih kuat kesannya." Jangan paksa aku berubah sekelip mata, rasa dulu apa yang aku lalu, kalau kau mampu dan apa faedahnya pun kalau kita asyik memaksa pendapat kita ke atas orang lain? Pilih kebetulan atau kebenaran?
Tutup buku lama, buka buku baru. Padam semua titik hitam dalam kehidupan, nyah semua benci yang bersarang. Kita mampu, InsyaAllah, bilamana kita mahu. Terima kasih, kawan-kawan.
Sudah-sudahlah, menangguhkan kehidupan.
Tiap
kali jatuh, jadikan kanak-kanak sebagai inspirasi; usaha bangkit lagi,
kalau mahu belajar berjalan dan berlari, tanpa lelah. Aku dan anak buah
ketiga.
No comments:
Post a Comment